Penulisnya: Satyendra Singh, Department of Administrative Studies, University of Winnipeg, Winnipeg, Canada
Warna ini dapat meningkatkan atau mengurangkan selera, mempengaruhi emosi, dapat mengawal perasaan pelanggan dan mengurangkan pandangan mereka terhadap masa untuk menunggu
Warna bukan sahaja dapat membezakan kategori produk malahan dapat mempengaruhi perasaan. Warna menjadi peranan penting dala membentuk tingkah laku dan penting bagi pengurus untuk mengethui betapa pentingnya warna dalam pemasaran ini.
Pakar fsikologi telah mengelaskan warna kepada2 jenis iaitu warna panas dan warna sejuk.
Warna dan kesihatan
Pada zaman mesir purba doctor mereka merawat pesakit dengan meletakkan pesakit didalam cahaya untuk merawat penyakit. Mereka percaya bahawa warna merah dapat menyihatkan hati, merah menyala puladapat meningkatkan tekanan darah, ungu menurunkan tekanan darah, oren menguatkan paru-paru dan meningkatkan kalsium metabolism, hijau mengaktifkan system saraf dan kuning member tenaga kepada sistem pencernaan.
Warna dan perasaan
Warna kuning, oren dan biru merupakan warna yang ceria. Warna merah, hitam dan coklat merupakan warna sedih.
Warna dan jantina
Kajian ini menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung kepada warna kelabu, putih dan hitam manakala perempuan lebih berminat kepada warna merah dan biru. Warna gabungan antara merah dan biru menjadi plihan untuk orang dewasa.
Peranan warna dalam menghiasi restoran sangat penting bagi meransang selera pelanggan. Warna merah digunakan bagi merangsang metabolisma dan ianya selalu di gunakan oleh restoran makanan segera antaranya McDonald dan KFC. Restoran biasa selalunya menggunakan warna biru bagi menghiasi premis mereka bagi mewujudkan suasana yang tenang dan selesa bagi pelanggan. Dengan mengetahui apa kelebihan yang terdapat dengan menggunakan warna-warna yang tertentu dalam menghiasi premis mereka ini merupakan salah satu stategi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan jualan perniagaan mereka.
Warna dan jenama.
Warna dapat merangsang penjenamaan. Kepentingan di berikan kepada warna adalah satu cara pengilang mengiktiraf bahawa warna mempunyai ikatan yang kuat dengan emosi ianya dapat member tarikan kepada pengguna terhadap pembungkusan lebih daripada perkataan dan imej. Sebagai contoh penggunaan hologram dan warna metalik dalam pembungkusan ubat gigi Colgate telah menggalakkan pembeli untuk memilih produk mereka daripada ubat gigi jenama Proctor @ Gamble’s(P&G).
Warna pembungkusan dan warna dinding premis perniagaan akan memberi kesan kepada jualan mereka secara drastik. Sebelum mengeluarkan sesuatu produk perlulah dilakukan penyelidikan terhadap pemilihan warna terlebih dahulu.
What we know about consumers’ color choices
Penulisnya:
Randi Priluck Grossman, Seton Hall University, South Orange, New Jersey, USA, and
Joseph Z. Wisenblit, Seton Hall University, South Orange, New Jersey, USA
Jenis artikel:
Kertas kajian.
Warna sesuatu produk dapat memberikan kesan kepada pengguna dalam membuat pemilihan produk. Warna juga boleh menjadi sebuah pemboleh ubah produk yang dapat menarik perhatian pengguna.
Pengetahuan tentang pilihan warna pengguna adalah penting kerana pemasar yang mengetahui warna pilihan pembeli sasaran mereka dapat menyesuaikan produk mereka dengan pasaran sekaligus dapat mengurangkan kos pembuatan. Memahami faktor pemilihan warna dan produk dikalangan pengguna dapat mengelakkan pemasar dari membuang masa dan tenaga dari sentiasa mengubah pembungkusan dan iklan bagi mengikuti perkembangan tren semasa.
Pengguna mempelajari warna pilihan untuk sesuatu produk berdasarkan pengalaman mereka. Sebagai contoh, doctor gigi sering mewarnakan dinding klinik mereka dengam warna biru kerana warna biru adalah warna yang menenangkan yang dapat mengurangkan rasa takut di kalangan pesakit. Keputusan yang dibuat menunjukkan bahawa warna panas ialah merah dan kuning lebih menyerlah manakala warna sejuk seperti biru dan hijau dapat menenangkan.
Sebahagian warna mempunyai maksud yang tertentu dalam beberapa budaya. Sebagai contoh dalam budaya barat hijau dikaitkan dengan harapan, putih dengan kesucian, hitam dengan kesedihan, merah dengan cinta dan pembaharuan juga kuning dengan kebencian. Warna yang serupa mempunyai maksud yang berlainan sebagai contoh dalam budaya cina kuning dikaitkan dengan keperc ayaan manakala hitam dalam budaya india dikaitkan dengan kesuraman dan kebodohan. Pengeluar juga telah menggunakan teori warna mengikut budaya itu untuk membentuk imej jenama dengan menggunakan warna.
Warna juga penting dalam mempengaruhi penggunaan pengguna. Sebagai contoh, Pharmative’s Nature Made vitamin di bungkus sengan menggunakan bekas yang berwarna hitam dan ditulis menggunakan warna putih. Perkara ini menyebabkan ramai pengguna menyangka produk tersebut merupakan racun kerana ianya dibotolkan dengan warna hitam. Warna juga dikaitkan dengan sesetengah Negara sebagai contoh merah sering dikaitkan dengan Negara china.
Warna juga diguna pakai untuk membezakan sesuatu produk. Warna merah sinonim dengan minum ringan tetapi pepsi berani untuk memilih warna biru sebagai warna produk mereka supaya pelanggan dapat mengingati produk mereka.
Pengkelasan terhadap fungsi warna perlu dilakukan bagi menegenalpasti kekuatan bagi aktiviti pemilihan. Selain itu juga warna boleh mempengaruhi ingatan atau produk dimana ianya dapat mempengaruhi pengiklanan,pembungkusan dan stategi penjualan.