Strategi penentuan harga campuran pemasaran
Firma biasanya menawarkan campuran produk kepada pengguna dalam pasaran. Oleh itu, firma akan menetapkan satu set harga yang boleh memaksimumkan keuntungan keseluruhan campuran produk. Terdapat lima situasi penetapan harga berasaskan campuran produk yang boleh dipertimbangkan oleh sesebuah firma.
Penentuan harga produk lini:
sesebuah firma lazimnya memasuki pasaran dengan lebih dari satu produk. Sebagai contoh syarikat Colgate-Palmolive mengeluarkan beberapa jenis sabun pembersih pada sesuatu masa dengan jenama yang berbeza. Begitu juga dengan Kodak yang mengeluarkan beberapa jenis filem yang mempunyai ciri-ciri dan kegunaan yang berlainan antara satu dengan lain. Menggunakan strategi ini, firma perlulah meletakkan perbezaan harga yang nyata antara satu produk dengan yang lain. Perbezaan pada harga ini boleh dibuat berdasarkan kualiti dan kegunaan sesuatu produk.
Penentuan harga produk-pilihan:
syarikat jualan komputer biasanya menjual aksesori komputer seperti mesin pencetak dan mesin pengimbas bersama-sama dengan produk utama iaitu komputer peribadi. Untuk menetapkan harga, syarikat mengambil kira jumlah aksesori yang ditawarkan dalam pakej tersebut. Lazimnya, harga yang ditawarkan adalah meliputi semua item aksesori pilihan yang ditawarkan bersama-sama dengan komputer peribadi tersebut.
http://www.google.com.my/images?hl=en&xhr=t&q=komputer&cp=5&wrapid=tljp129605050271108&um=1&ie=UTF-8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1243&bih=490
http://www.google.com.my/images?hl=en&xhr=t&q=komputer&cp=5&wrapid=tljp129605050271108&um=1&ie=UTF-8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1243&bih=490
Penentuan harga produk-kaptif:
strategi ini sesuai digunakan untuk produk yang mesti digunakan bersama-sama dengan barangan utama seperti filem dan kamera, pisau pencukur dan sebagainya. Pengeluar filem umpamanya menetapkan harga produk utama iaitu kamera lebih rendah tetapi mengambil margn untung lebih tinggi bagi jualan filem.
mesin pencetak dengan dakwat. pada kebiasaannya harga dakwat lagi mahal.
http://www.google.com.my/images?um=1&hl=en&biw=1243&bih=490&tbs=isch%3A1&sa=1&q=printer+and+catridge&aq=f&aqi=&aql=&oq=
mesin pencetak dengan dakwat. pada kebiasaannya harga dakwat lagi mahal.
http://www.google.com.my/images?um=1&hl=en&biw=1243&bih=490&tbs=isch%3A1&sa=1&q=printer+and+catridge&aq=f&aqi=&aql=&oq=
Penentuan harga produk-sampingan:
pengusaha perusahaan kayu papan misalnya selain mengeluarkan papan atau perabot untuk dijual juga menghasilkan produk sampingan seperti habuk kayu dan kayu api. Pengusaha boleh mendapatkan pasaran untuk menjual hasil sampingan ini pada harga yang boleh menampung kos penyimpanan sekali gus dapat menghalang penetapan harga papan atau perabot lebih tinggi sekiranya mereka terpaksa menguruskan penghapusan atau penghantaran produk sampingan tersebut.
Penentuan harga produk-gabungan:
sering kita lihat dimusim perayaan penjual menggabungkan beberapa barangan dan mengenakan harga gabungan yang lebih rendah berbanding dengan jika pembeli membelinya secara berasingan. Begitu juga dengan syarikat komputer menawarkan komputer peribadi bersama perisian atau aksesori lain sebagai satu gabungan yang akan menyebabkan tawaran harga lebih rendah.
lebih murah jika dibeli 1 set berbanding beli secara berasingan.
http://www.google.com.my/images?um=1&hl=en&biw=1243&bih=490&tbs=isch%3A1&sa=1&q=set+home+theater&aq=f&aqi=&aql=&oq=
rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan