Promosi Jualan
Promosi jualan menawarkan insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kunci utama pertumbuhan promosi jualan adalah disebabkan oleh peningkatan persaingan dan pengurangan perbezaan antara produk. Penurunan keberkesanan pengiklanan juga menyebabkan banyak syarikat menggunakan promosi jualan. Tujuan utama promosi jualan adalah untuk mendapatkan pelanggan jangka pendek. Walau bagaimanapun, terdapat juga promosi jualan yang bertujuan untuk membina perhubungn dengan pelanggan.
Pemilihan alat promosi jualan
1. Promosi pelanggan
Penggunaan sampel, kupon, rebet, harga pakej, dan premium biasa digunakan. Sampel membenarkan pengguna mencuba produk, rebet bil telefon yang dibuat oleh Telekom Malaysia. Pakej harga biasanya meletakkan dua barangan pada satu harga. Peraduan pula diadakan untuk mendapatkan perhatian pengguna terhadap produk tersebut.
http://www.search-results.com/pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=sampel&qsrc=2417&qid=CE3A45D240CD681F41FEBF8D9CC038C4&page=5&pstart=72
peraduan
http://www.search-results.com /pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=peraduan&qsrc=2417&qid=AFF64AE772555F4069A31D6D5E6DFAB0&page=2&pstart=18
2. Promosi perdagangan
Diakaun atau pengurangan harga daripada pengilang kepada pengedar. Elaun perdagangan pula adalah pengurangan harga daripada pengilang kepada pengedar jika pengedar melaksanakan tugas-tugas tertentu bagi pihak pengilang seperti pembungkusan dan lain-lain.
3. Promosi perniagaan
Seminar dan pertunjukkan perdagangan dilaksanakan oleh syarikat untuk memperkenalkan produk mereka kepada industri tertenturujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
1 ulasan:
Salam cikgu Najjah,
bagaimana cara atau apakah panduan untuk mengadakan jualan promosi atau jualan berpakej untuk barang runcit?
macamana pengiraan keuntungan dibuat untuk sesuatu promosi tersebut.
Terima kAsih
Catat Ulasan