Kepenggunaan dan etika pemasaran
Kepenggunaan merupakan suatu gerakan gabungan masyarakat dan kerajaan dengan tujuan untuk memperjuangkan hak dan menigkatkan kuasa pembeli dalam hubungan dengan penjual. Di Malaysia, banyak institusi telah ditubuhkan untuk melindungi hak pengguna umpamanya, Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK), Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) dan Persatuan Pengguna. Hak asasi pengguna adalah seperti berikut:
| ||||
untuk mendengar lagu kepenggunaan tersebut boleh layari laman web: | http://www.fomca.org.my/v2/ | |||
- Hak untuk mendapat Keselamatan
- Hak untuk mendapat maklumat
- Hak untuk membuat pilihan
- Hak untuk menyuarakan pendapat
- Hak untuk mendapat keperluan asas
- Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
- Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat
Etika pemasaran
Pemasar yang peka kepada persekitaran mengalami banyak dilemma moral. Perkara yang benar selalunya kabur dan tidak jelas. Oleh itu, firma perlu menubuhkan Kod Etika Pemasaran Korporat supaya dapat menggariskan panduan dalam organisasi tersebut. Ini kerana tidak semua pengurus peka dan sensitive terhadap isu etika dan moral. Kod ini sebaiknya merangkumi hubungan dengan pengedar, standard pengiklanan, khidmat pelanggan, harga, pembangunan produk dan etika umum.Bagaimanapun agak sukar untuk kebanyakan pengurus mematuhi semua garis panduan etika yang terbaik dalam membuat keputusan. Oleh itu, mereka bolehlah memilih beberapa dasar untuk dijadikan garis panduan. Tindakan pemasaran beretika tidak dapat dipastikan dengan adanya garis panduan dan kod etika. Etika dan tanggungjawab sosial haruslah mendapat sokongan semua pihak dalam sesebuah organisasi. Ia perlulah dijadikan budaya kepada semua pekerja.
Pengendalian dan amalan perniagaan yang berbeza antara satu Negara ke Negara lain meletakkan isu etika sebagai suatu cabaran dalam pemasaran antarabangsa.
rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
laman web:
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/fomca-di-pentas-media/fomca-di-pentas-media-2010/332-kepenggunaan-fomca-lancar-album-didik-masyarakat-melalui-lagu
0 ulasan:
Catat Ulasan