Ahad, 30 Januari 2011

Strategi


Menentukan stategi untuk memasuki pasaran antarabangsa

Setelah membuat keptusan untuk memasuki sebuah pasaran antarabangsa, syarikat perlu menentukan bagaimana cara yang akan digunakan untuk memasuki pasaran tersebut. Terdapat empat strategi kemasukan ke pasaran antarabangsa yang boleh dipilih

 Pengekspotan
Merupakan cara paling mudah memasuki sebuah pasaran antarabangsa. Pengeksportan ialah memasuki pasaran dengan megeksport produk dan menjualnya melalui orang tengah pemasaran antarabangsa yang bebas atau menguruskan eksport mereka sendiri melalui cawangan pusat jualan syarikat di luar Negara, jurujual atau agen di luar Negara. Harley-Davidson adalah contoh syarikat yang menggunakan strategi ini.

 http://www.search-results.com/pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=%20harley%20davidson&qsrc=2417

Internet
Di peringkat awal, fokus pemasaran internet adalah terhadap jualan domestic, tetapi ciri semulajadi internet itu sendiri akan membolehkan capaian yang melepasi batasan sempadan geografi, menghasilkan konsep yang dipanggil pemasaran internet antarabangsa (PIA). Oleh itu syarikat mesti aktif merekabentuk catalog internet yang mensasar Negara tertentu menggunakan laman web pelbagai bahasa. Contohnya Dell Computer Corporation menggunakan mod jualan menerusi kedai maya dalam internet.

 untuk melihat bagaimana Dell membuat mod jualan menerusi kedai maya layari laman web ini:
www.dell.com/MY 

Usahasama
Ia berbeza daripada pengeksportan di mana syarikat berkongsi dengan rakan kongsi daripada Negara tuan rumah untuk menjual di luar Negara. Usahasama ialah usaha perniagaan yang berkongsi dengan syarikat asing untuk mengeluar atau memasarkan produk serta perkhidmatan. Terdapat empat jenis usaha sama:
*      Perlesenan
Syarikat akan membuat perjanjian dengan penerima lessen dalam pasaran asing dan mengenakan yuran atau royalty di mana penerima lessen membeli hak untuk menggunakan proses pengeluaran syarikat, tanda dagangan, paten, rahsia perdagangan, atau item bernilai yang lain. Syarikat akan dapat masuk ke pasaran pada risiko yang rendah, manakala penerima lessen mendapat manfaat kepakaran pengilangan, atau produk, atau nama yang sudah dikenali tanpa perlu bermula daripada peringkat awal. Contohnya McDonald’s mewakili industry makanan dan Holiday Inn mewakili industry perhotelan. Beberapa kelemahan kaedah ini termasuklah kawalan yang kurang ke atas penerima lessen dan jika mereka berjaya, ia telah menambah satu lagi pesaing dalam industri tersebut.

ingin tahu lebih lanjut mengenai Mcdonald sila klik:
http://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's
*      Perkilangan kontrak
Syarikat mengikat kontrak dengan pengeluar dalam pasaran asing untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatannya. Contohnya General Motors menjalin hubungan kontrak dengan Suzuki, Isuzu dan Toyota.

*      Pengkontrakan pengurusan
Syarikat domestic membekalkan pengetahuan atau kemahiran pengurusan kepada syarikat asing yang membekalkan modal. Syarikat domestik sebenarnya mengeksport perkhidmatan pengurusan, bukannya produk.

*      Pemilikan bersama
Sebuah Negara berusahasama dengan pelabur asing untuk mencipta satu perniagaan tempatan di mana mereka berkongsi pemilikan serta pengawalannya. Contohnya syarikat Volkswagon dari German membeli 31% saham syarikat kenderaan Czech, Skoda. Dalam tahun 1997 mereka mengeluarkan hamper 400,000 kenderaan.
Pelaburan Asing     
Ia merupakan perkembangan kemudahan pemasangan serta pengilangan di Negara asing. Kelebihannya termasuklah:
*      Kos buruh dan bahan mentah yang murah, insentif pelaburan oleh kerajaan asing dan penjimatan kos pengangkutan.
*      Memperbaiki imej syarikat tersebut kerana membantu mewujudkan peluang pekerjaan.
*      Mempunyai hubungan baik dengan kerajaan, para pengguna, pembekal dan pengedar tempatan.
*      Mempunyai kuasa untuk mengawal pelaburan bagi memenuhi objektif perniagaan jangka panjangnya.
Walau bagaimanapun kelemahan utama pelaburan ini adalah syarikat terpaksa mengambil risiko yang tinggi dalam sekatan serta pengurangan nilai mata wang, pasaran yang jatuh atau perubahan kerajaan Negara tuan rumah. Contohnya, syarikat Reebok memasuki Rusia dengan mewujudkan subsidiary yang dikenali sebagai Reebok Rusia.

rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.


0 ulasan:

Catat Ulasan