Rabu, 26 Januari 2011

Pengurusan Saluran

Keputusan Pengurusan Saluran
Setelah menentukan reka bentuk terbaik untuk saliran pengedaran, syarikat perlu memikirkan keputusan pengurusan saluran. Antara aspek yang perlu diambil kira ialah pemilihan ahli saluran, motivasi ahli dan penilaian ahli. Pengurusan perlu menetapkan criteria untuk memilih ahli yang terbaik manakala perantara yang terpilih pula perlu sentiasa bermotivasi untuk menjalankan yang terbaik. Pengeluar juga perlu memantau prestasi perantara dari semasa kesemasa dan membandingkannya dengan paiwai yang ditetapkan.

Pengagihan fizikal dan pengurusan logistik
Berdasarkan perspektif global, ada kalanya lebih mudah untuk seseorang menjual produk dari membuat penghataran. Justeru itu, keberkesanan logistik meberikan impak yang besar kepada kepuasan pelanggan dan kos syarikat. Logistik pemasaran ataupun pengagihan fizikal melibatkan proses perancangan , perlaksanaan dan pengawalan aliran fizikal barangan dari tempat asal kepada tempat ianya digunakan untuk memuaskan pelanggan dan mencapai matlamat keuntungan syarikat. Pengurusan rantaian pengedaran atau penawaran pula merujuk kepada pengurusan sistem yang dimulakan di pihak pelanggan dan disusur ke belakang hingga kepada tempat asal produk. Kini, kebanyakan syarikat memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh kepada logistik kerana:
1.       Perkhidmatan dan kepuasan pelanggan telah menjadi keutamaan strategi pemasaran.
2.       Logistik merupakan elemen utama kon pemasar.
3.       Pertambahan drastik kepelbagaian produk memerlukan kecekapan logistik.
4.       Peningkatan aktiviti teknologi maklumat telah mencipta banyak peluang dalam menigkatkan keberkesanan logistik.



Matlamat sistem logistik adalah memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik atau memenuhi sasaran dengan kadar kos yang rendah. Antara keputusan utama yang perlu dibuat oleh pihak pemasar adalah:
1.       Memproses pesanan:
Pengagian fizikal bermula dengan pesanan. Sebaik diterima, pesanan mestilah diproses dengan cepat dan betul.

2.       Pergudangan:
Penyimpanan diperlukan kerana pengeluaran dan penggunaan selalunya tidak sepadan. Ada waktunya jenis penyimpanan yang diperlukan adalah jenis gudang stor( untuk barangan yang memerlukan simpanan jangka panjang dan sederhana). Pusat pengagihan pula sesuai untuk barangan yang boleh sampai segera kepada pelanggan dimana gudang jenis ini biasanya bersaiz besar dan banyak bergantung kepada proses automatik untuk menerima barangan dan mengurus pesanan.
3.       Inventori:
Keputusan inventori diperlukan untuk membuat keputusan bila dan berapa banyak harus dipesan bagi menjamin kecukupan. Di bawah sistem just-in-time hanya jumlah inventori yang kecil diperlukan tetapi pesanan kerap dibuat dari semasa kesemasa.

4.       Pengangkutan:
Pemilihan jenis pengangkutan memberi kesan kepada harga barangan, prestasi penghantaran dan kondidi barangan apabila tiba di destinasi. Semua ini juga akan memberi kesan kepada kepuasan pelanggan. Pengangkutan asas terdiri daripada:
*      Kecepatan(masa penghantaran dari pintu ke pintu)
*      Keboleh harapan(menepati jadual penghantaran)
*      Keupayaan(boleh mengurus pelbagai produk)
*      Kesediaan(jumlah kawasan geografi yang diliputi)
*      Kos(menurut jarak dan berat)

rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan