Sabtu, 22 Januari 2011

Penjenamaan

Penjenamaan
Kejayaan mana-mana perniagaan atau produk pengguna bergantung pada kemampuan pasaran sasar membezakan satu produk daripada produk yang lain. Penjenamaan adalah satu alat utama yang digunakan oleh ahli pemasaran untuk membezakan produk mereka daripada produk yang ditawarkan oleh pesaing.
Jenama ialah nama, istilah, symbol reka bentuk atau kombinasi elemen-elemen ini yang mengenal pasti produk penjual dan membezakan produk itu daripada produk pesaing. Nama jenama ialah bahagian yang boleh disebut, termasuk abjad seperti (BMW), perkataan seperti (proton, petronas, minyak masak cap buruh dan sony) dan nombor seperti (E220, 7-eleven). Elemen jenama yang tidak boleh disebut dikenali sebagai tanda jenama, misalnya simbol petronas dan Mercedes-benz.



Faedah penjenamaan
Penjenamaan mempunyai tiga tujuan utama, iaitu pengenalan kepada produk, jualan ulangan dan jualan produk baru. Tujuan paling penting untuk pegenalan kepada produk. Penjenamaan membolehkan ahli pemasaran membezakan produk mereka daripada produk pesaing. Banyak nama jenama dikenali pengguna dan menunjukkan kualiti.
Jenama sentiasa menguasai pemikiran pengguna. Oleh itu, mereka akan memikirkan jenama itu terlebih dahulu apabila kategori produk, kegunaan produk, sifat produk atau faedah pelanggan tersebut dikenali sebagai ketua jenama( master brand). Nama jenama yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:
*      Mudah disebut
*      Mudah dikenali
*      Mudah diingat
*      Pendek
*      Ciri tersendiri atau unik
*      Menerangkan produk itu
*      Menerangkan kegunaan produk itu
*      Menerangkan faedah produk itu
Identiti jenama sangat penting dalam membentuk kesetiaan jenama. Syarikat dan nama jenama yang terkenal pasti berasa mudah apabila memperkenalkan keluaran baru.

Tanda dagangan
tanda dagangan ialah hak pengguna eksklusif jenama atau sebahagian daripada jenama. pemilik telah mendaftar tanda itu untuk kegunaannya. oleh itu, pihak lain dilarang menggunakan jenama itu tanpa kebenaran. sesetengah bahagian jenama atau pengenalan produk layak mendapat perlindungan tanda dagangan. contohnya adalah seperti:
  • reka bentuk botol coca cola
  • warna atau reka bentuk tertentu seperti warna bateri duracell dan tanda nama Levi's di penjuru kiri poket belakang seluar jean. 

  

rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.


1 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM CIKGU.. BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN EMAIL CIKGU? KALAU TAK KEBERATAN BOLEH EMAILKAN CARA YANG MUDAH UNTUK HUBUNGI CIKGU? EMAIL SAYA: artwork.faidh@gmail.com..

terima kasih cikgu.

Catat Ulasan