Ahad, 30 Januari 2011

Etika Pemasaran

Kepenggunaan dan etika pemasaran



KEPENGGUNAAN: FOMCA LANCAR ALBUM DIDIK MASYARAKAT MELALUI LAGU PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 28 January 2011 02:51
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini melancarkan sebuah album mengandungi sepuluh lagu dalam usaha mendidik masyarakat mengenai kepenggunaan.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata album bertajuk "Hak dan Peranan Pengguna - Ke Arah Penggunaan Berhemat" itu dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau berkata ia sebahagian bahan kempen konsumer kebangsaan sejak 2008 hingga 2012, dan merupakan satu sejarah kepada pertubuhan itu kerana bakal disenarai sebagai album lagu pendidikan kepenggunaan pertama di negara ini dalam Malaysian Book of Records.

"Lirik yang terdapat dalam setiap lagu mengandungi mesej kepenggunaan yang mudah untuk difahami oleh semua peringkat masyarakat dan boleh dijadikan bahan pendidikan kepenggunaan di sekolah dan institusi pengajian tinggi," katanya pada majlis pelancaran album itu oleh Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di sini.
Marimuthu juga berkata sempena Hari Pengguna Malaysia 2011, Fomca akan menganjurkan peraduan baru iaitu "Speak Up" yang mengkehendaki peserta merancang satu projek berdasarkan konsep pembangunan mampan di sekolah atau komuniti mereka.

Strategi


Menentukan stategi untuk memasuki pasaran antarabangsa

Setelah membuat keptusan untuk memasuki sebuah pasaran antarabangsa, syarikat perlu menentukan bagaimana cara yang akan digunakan untuk memasuki pasaran tersebut. Terdapat empat strategi kemasukan ke pasaran antarabangsa yang boleh dipilih

 Pengekspotan
Merupakan cara paling mudah memasuki sebuah pasaran antarabangsa. Pengeksportan ialah memasuki pasaran dengan megeksport produk dan menjualnya melalui orang tengah pemasaran antarabangsa yang bebas atau menguruskan eksport mereka sendiri melalui cawangan pusat jualan syarikat di luar Negara, jurujual atau agen di luar Negara. Harley-Davidson adalah contoh syarikat yang menggunakan strategi ini.

 http://www.search-results.com/pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=%20harley%20davidson&qsrc=2417

Internet
Di peringkat awal, fokus pemasaran internet adalah terhadap jualan domestic, tetapi ciri semulajadi internet itu sendiri akan membolehkan capaian yang melepasi batasan sempadan geografi, menghasilkan konsep yang dipanggil pemasaran internet antarabangsa (PIA). Oleh itu syarikat mesti aktif merekabentuk catalog internet yang mensasar Negara tertentu menggunakan laman web pelbagai bahasa. Contohnya Dell Computer Corporation menggunakan mod jualan menerusi kedai maya dalam internet.

 untuk melihat bagaimana Dell membuat mod jualan menerusi kedai maya layari laman web ini:
www.dell.com/MY 

Promosi Jualan



Promosi Jualan
Promosi jualan menawarkan insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kunci utama pertumbuhan promosi jualan adalah disebabkan oleh peningkatan persaingan dan pengurangan perbezaan antara produk. Penurunan keberkesanan pengiklanan juga menyebabkan banyak syarikat menggunakan promosi jualan. Tujuan utama promosi jualan adalah untuk mendapatkan pelanggan jangka pendek. Walau bagaimanapun, terdapat juga promosi jualan yang bertujuan untuk membina perhubungn dengan pelanggan.
Pemilihan alat promosi jualan
1.       Promosi pelanggan
Penggunaan sampel, kupon, rebet, harga pakej, dan premium biasa digunakan. Sampel membenarkan pengguna mencuba produk, rebet bil telefon yang dibuat oleh Telekom Malaysia. Pakej harga biasanya meletakkan dua barangan pada satu harga. Peraduan pula diadakan untuk mendapatkan perhatian pengguna terhadap produk tersebut.



http://www.search-results.com/pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=sampel&qsrc=2417&qid=CE3A45D240CD681F41FEBF8D9CC038C4&page=5&pstart=72
 
 




peraduan


 http://www.search-results.com  /pictures?atb=sysid%3D101%3Auid%3D9280d87e2f1fa161%3Auc%3D1297126002%3Asrc%3Dhmp%3Ao%3D14899%3Aq%3Dpasar%2520malam&l=dis&o=14899&q=peraduan&qsrc=2417&qid=AFF64AE772555F4069A31D6D5E6DFAB0&page=2&pstart=18
2.       Promosi perdagangan
Diakaun atau pengurangan harga daripada pengilang kepada pengedar. Elaun perdagangan pula adalah pengurangan harga daripada pengilang kepada pengedar jika pengedar melaksanakan tugas-tugas tertentu bagi pihak pengilang seperti pembungkusan dan lain-lain.

3.       Promosi perniagaan
Seminar dan pertunjukkan perdagangan dilaksanakan oleh syarikat untuk memperkenalkan produk mereka kepada industri tertentu


rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.

Jumaat, 28 Januari 2011

Peruncitan

Peruncitan berkedai.

Peruncitan berkedai dapat dilihat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Dari masa ke semasa jenis peruncitan akan berubah. Oleh itu, ia boleh diklasifikasikan dalam pelbagai bentuk dan cara.
Lini produk
Peruncit boleh juga diklasifikasikan berpandukan keluasan (length) dan kedalaman (breath) jenis produk.

Kedai istimewa
Menyediakan lini produk yang sedikit tetapi beraneka jenis lini. Kedai begini makmur perniagaannya kerana peningkatan penggunaan segmentasi pasaran, sasaran pemasaran, dan pengkhususan produk seperti kedai butik pakaian, kedai kasut, kedai kamera, dan lain-lain lagi. Bata adalah kedai istimewa di Negara kita.

Khamis, 27 Januari 2011

Pengiklanan

Promosi Produk: Pengiklanan
Pengiklanan
Merujuk kepada sebarang bentuk persembahan bukan peribadi berbayar dan yang mempromosikan idea, produk, atau perkhidmatan, di mana penajanya dapat dikenal pasti.
Menetapan objektif
Objektif ini mestilah berasaskan keputusan-keputusan yang lepas berhubung dengan sasaran pasaran, perletakan dan campuran pemasaran. Perletakan pemasaran dan strategi campuran menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pengiklanan dalam keseluruhan program pengiklanan.
Banyak objektif komunikasi dan jualan yang boleh dibentuk untuk pengiklanan. Objektif pngiklanan boleh diklasifikasikan mengikut tujuannya sama ada untuk memberi maklumat, memujuk atau mengingatkan. Secara umumnya, objektif haruslah berasaskan pasaran sasaran, perletakan dan campuran pemasaran yang lalu.

Rabu, 26 Januari 2011

Pengurusan Saluran

Keputusan Pengurusan Saluran
Setelah menentukan reka bentuk terbaik untuk saliran pengedaran, syarikat perlu memikirkan keputusan pengurusan saluran. Antara aspek yang perlu diambil kira ialah pemilihan ahli saluran, motivasi ahli dan penilaian ahli. Pengurusan perlu menetapkan criteria untuk memilih ahli yang terbaik manakala perantara yang terpilih pula perlu sentiasa bermotivasi untuk menjalankan yang terbaik. Pengeluar juga perlu memantau prestasi perantara dari semasa kesemasa dan membandingkannya dengan paiwai yang ditetapkan.

Pengagihan fizikal dan pengurusan logistik
Berdasarkan perspektif global, ada kalanya lebih mudah untuk seseorang menjual produk dari membuat penghataran. Justeru itu, keberkesanan logistik meberikan impak yang besar kepada kepuasan pelanggan dan kos syarikat. Logistik pemasaran ataupun pengagihan fizikal melibatkan proses perancangan , perlaksanaan dan pengawalan aliran fizikal barangan dari tempat asal kepada tempat ianya digunakan untuk memuaskan pelanggan dan mencapai matlamat keuntungan syarikat. Pengurusan rantaian pengedaran atau penawaran pula merujuk kepada pengurusan sistem yang dimulakan di pihak pelanggan dan disusur ke belakang hingga kepada tempat asal produk. Kini, kebanyakan syarikat memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh kepada logistik kerana:
1.       Perkhidmatan dan kepuasan pelanggan telah menjadi keutamaan strategi pemasaran.
2.       Logistik merupakan elemen utama kon pemasar.
3.       Pertambahan drastik kepelbagaian produk memerlukan kecekapan logistik.
4.       Peningkatan aktiviti teknologi maklumat telah mencipta banyak peluang dalam menigkatkan keberkesanan logistik.

Isnin, 24 Januari 2011

Saluran Agihan

Saluran pengagihan  dan Pengurusan rantaian pengedaran
Mengapa saluran pegedaran atau perantara pemasaran diperlukan. Keberkesanan dalam memastikan produk sampai kepada pelanggan adalah sebab utama. Perantara pemasaran dalam sistem saluran pengagihan selalunya mempunyai jalinan hubungan, pengalaman dan pengkhususan yang lebih baik dalam mendekati pelanggan berbanding pengeluar. Dari sudut ekonomi, peranan perantara adalah untuk menukar pelbagai produk pengeluar kepada pelbagaian yang dikehendaki pengguna. Biasanya pengeluar mempunyai pelbagaian produk yang terhad dalam kuantiti yang besar manakala pengguna memerlukan pelbagai jenis barangan dalam kuantiti yang sedikit. Perantara bertanggungjawab membeli produk dari pelbagai pengeluar dalam kuantiti yang besar dan kemudiannya membahagikannya dalam kuantiti yang kecil dan mempelbagaikan tawaran mereka bagi memenuhi keperluan pengguna.

pemborong tudung dan kain pasang

pemborong produk dan minuman halal


http://www.google.com.my/images?hl=en&rlz=1R2RNTN_enMY368&q=pemborong+roti+sweetie&wrapid=tlif129587590086910&um=1&ie=UTF-8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1276&bih=483
   
Saluran pengedaran menggerakkan produk pengeluar kepada pelanggan dengan mengatasi jurang masa, tempat dan pemilikan yang memisahkan produk dari penggunanya. Ahli-ahli saluran pemasaran memainkan banyak peranan. Antara peranan yang utama adalah:
*      Pengumpulan dan penyebaran maklumat
*      Perlaksanaan runding cara antara ahli saluran
*      Penghubung kepada bakal pembeli
*      Penyesuaian barangan pengeluar kepada keperluan pengguna
*      Promosi
*      Pengedaran fizikal
*      Pembiayaan
*      Pengambilan risiko