Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna.
Faktor budaya
Budaya merupakan nilai asas kehidupan atau corak gelagat berasaskan kepada perkongsian makna, adat dan tradisi di kalangan ahli sesuatu masyarakat. Ia mempengaruhi sikap, kepercayaan, perilaku, kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu idea, aktiviti dan produk. Setiap budaya mempunyai sub budaya. Sub budaya merupakan sesuatu kumpulan didalam masyarakat yang mempunyai kelainan tertentu yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman kehidupan yang sama. Contohnya pada suatu budaya Masyarakat Malaysia, terdapat sub budaya seperti sub budaya Melayu, Cina, India, Wargatua dan sebagainya.
Faktor taraf hidup
Pada setiap masyarakat terdapat juga struktur taraf social yang menentukan bagaimana individu atau kumpulan diiktiraf atau dihormati. Individu-individu bagi sesuatu ‘taraf’ selalunya mempunyai nilai, minat, dan gelagat yang tertentu. Penentuan taraf social bukan bukan sekadar bergantung kepada jumlah pendapatan, tetapi juga merangkumi jenis pekerjaan, pendidikan, harta keturunan dan sebagainya. Bagi pemasar, taraf sosial membantu mengenal pasti kumpulan manusia yang besar dengan persamaan yang jelas terutamanya dalam penentuan jumlah, gaya dan bagaimana mereka berbelanja. Contoh taraf sosial ialah klasifikasi kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan. Bagi setiap kelas ini, mereka terbukti mempunyai pilihan tertentu dalam pemakaian, perabot, rekreasi dan kenderaan.
Selain taraf sosial, pengguna juga sering berbelanja menuruti pengaruh kumpulan rujukan. Kumpulan rujukan merupakan kumpulan yang mempengaruhi pengguna secara langsung dan tidak langsung. Pengguna selalunya merasa perlu untuk meniru atau mencontohi pemilihan barangan sebagaimana yang diamalkan oleh kumpulan rujukan agar mereka dianggap sebagai setaraf atau menghampiri taraf tertentu kumpulan rujukan tersebut.
Ciri-ciri personal seperti umur, kitaran hidup, pekerjaan, kedudukan ekonomi, gaya hidup, personaliti dan konsep hidup juga mempengaruhi gelagat pengguna. Pengguna menukar keperluan produk atau barangan dalam kehidupan menuruti kitaran hidup keluarga masing-masing. Pekerjaan juga menentukan pemilihan sesuatu barangan(perisian komputer untuk akauntan, doktor dan peguan selalunya berbeza). Gaya hidup pula merupakan corak hidup yang boleh dilihat menerusi aktiviti, minat, dan pendapat seseorang. Selalunya penentuan gelagat pengguna berasaskan gaya hidup adalah lebih menyeluruh berbanding dengan taraf sosial dan personaliti lain.
Faktor psikologi
Terbahagi kepada empat:
Motivasi
merupakan kehendak dalaman yang menentukan perilaku untuk memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Oleh kerana teori Freud menganggap manusia selalunya tidak menyedari keperluan psikologi yang menentukan gelagat mereka, kebanyakan pemasar sering merujuk kepada Teori Maalow yang membahagikan keperluan manusia kepada lima bahagian yang di susun mengikut hierarki di mana pengguna akan memenuhi keperluan asas(bawah) dahulu sebelum beranjak ke keperluan di bahagian atas.
merupakan kehendak dalaman yang menentukan perilaku untuk memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Oleh kerana teori Freud menganggap manusia selalunya tidak menyedari keperluan psikologi yang menentukan gelagat mereka, kebanyakan pemasar sering merujuk kepada Teori Maalow yang membahagikan keperluan manusia kepada lima bahagian yang di susun mengikut hierarki di mana pengguna akan memenuhi keperluan asas(bawah) dahulu sebelum beranjak ke keperluan di bahagian atas.
Persepsi
Proses di mana manusia memilih, menyusun dan menterjemah informasi untuk mendapatkan gambaran kesuluruhan persekitaran mereka. dua pengguna yang mempunyai motivasi yang sama bertindak secara berbeza kerana persepsi yang berbeza.
Pembelajaran
Merupakan perubahan ke atas gelagat pengguna berdasarkan pengalaman. Pembelajaran merupakn kombinasi kemahuan, motif dan ransangan-ransangan yang menentukan bila, di mana, dan bagaimana seseorang itu bertindak balas. Jika sesuatu pengalaman itu mengutungkan tindak balas seterusnya merukan mengukuhan positif. Teori pembelajaran membolhkan pemasar mendapatkan permintaan pelanggan jika produk dikaitkan dengan motivasi dan mengukuhan positif.
Sikap
Merupakan kedudukan posotif atau negative yang konsisten terhadap nilai, perasaan dan kecenderungan terhadap sesuatu perkara. Ia sukar diubah. Justeru itu sesuatu barangan yang dikeluarkan seharusnya bersesuaian dengan sikap pengguna sedia ada dan tidak cuba mengubah pendirian mereka.
rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan