Khamis, 27 Januari 2011

Pengiklanan

Promosi Produk: Pengiklanan
Pengiklanan
Merujuk kepada sebarang bentuk persembahan bukan peribadi berbayar dan yang mempromosikan idea, produk, atau perkhidmatan, di mana penajanya dapat dikenal pasti.
Menetapan objektif
Objektif ini mestilah berasaskan keputusan-keputusan yang lepas berhubung dengan sasaran pasaran, perletakan dan campuran pemasaran. Perletakan pemasaran dan strategi campuran menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pengiklanan dalam keseluruhan program pengiklanan.
Banyak objektif komunikasi dan jualan yang boleh dibentuk untuk pengiklanan. Objektif pngiklanan boleh diklasifikasikan mengikut tujuannya sama ada untuk memberi maklumat, memujuk atau mengingatkan. Secara umumnya, objektif haruslah berasaskan pasaran sasaran, perletakan dan campuran pemasaran yang lalu.

Iklan memberitahu
Digunakan apabila memperkenalkan kategori produk baru. contohnya ada sesuatu produk baru diperkenalkan di pasaran, pengiklan harus memperkenalkan produk tersebut dengan cara memberitahu tentang faedah dan kelebihannya berbanding produk yang telah ada di pasaran.
Iklan memujuk
Menjadi penting apabila pesaingan menjadi semakin sengit. Kija iklan memberitahu bertujuan membina permintaan primer, iklan memujuk bertujuan membina permintaan selektif. Meyakinkan pengguna bahawa produk syarikat mereka merupakan produk yang terbaik berbanding produk lain di pasaran. Kebanykan iklan memujuk bertukar menjadi iklan yang membandingkan produk syarikat dengan pesaingnya.
Iklan memperingat
Penting untuk produk yang berada di tahap matang kitaran hayat produk. Syarikat sentiasa memperingatkan pengguna dengan iklan-iklan yang baru supaya dapat mengekalkan sasaran pasaran mereka. boleh juga dilakukan untuk kebajikan sosial seperti iklan yang berunsur moral dan sebagainya. Seperti yang selalu dilakukan oleh syarikat petronas. 


rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan