Khamis, 20 Januari 2011

perancangan stategik( membentuk porfolio perniagaan)

Perancangan strategik
Perancangan strategik merupakan suatu proses sistematikyang berterusan dalam menilai persekitaran sesebuah syarikat,menjelaskan objektif jangka panjang, mengenalpasti objektif khusus yang bersifat spesifik dan kuantitatif, membina strategi bagi mencapai objektif serta membuat penyesuaian dengan sumber dan kemampuan syarikat dalam mengejar misinya.



Setelah membentuk misi dan objektif syarikat perniagaan, barisan pengurusan seterusnya perlu membentuk porfolio perniagaan yang merupakan himpunan perniagaan dan produk di bawah sesebuah syarikat. Porfolio perniagaan yang baik seterusnya boleh melahirkan kompentensi asas dan membolehkan pengagihan sumber yang optimum untuk memuaskan pelanggan.  Suatu aktiviti yang sering dijalankan dalam proses perancangan strategik adalah analisi porfolio di bawah sesebuah syarikat. Langkah pertama yag perlu dibuat oleh pengurusan adalah mengenal pasti unit-unit dalam dalam sesebuah perniagaan yang masing-masing mempunyai objektif yang berbeza.  Unit-unit ini mungkin terdiri daripada divisyen-divisyen, barisan produk, suatu produk atau satu jenama. Analisis porfolio diperlukan untuk menilai daya maju setiap unit-unit tersebut dan menentukan sejauhmana sokongan harus disalurkan  kepada unit-unit tersebut.

Matrik pertumbuhan-syer Boston Consulting Group(Matrik BCG)
Bintangmerupakan unit perniagaan yang bersifat tinggi kadar pertumbuhan pasarannya dan syarikat mempunyai penguasaan syer pasaran yang tinggi. Bintang sering memerlukan pelaburan yang banyak untuk menampung pertumbuhan yang pesat. Lama-kelamaan kadar pertumbuhan bintang akan menjadi perlahan dan ia akan bertukar menjadi lembu kontan.
Lembu kontan: lebu kontan adalah perniagaan atau produk yang bersifat rendah kadar pertumbuhan tetapi tinggi syer pasaran. Lembu kontan adalh unit perniagaan yang telah kukuh dan tidak memerlukan banyak aliran tunai bagi mengekalkan syer pasaranya. Sebaliknya lembu kontan banyak menjana tunai bagi menampung perbelanjaan syarikat dan menyokong unit-unit perniagaan lain yang memerlukan bantuan.
Tanda Tanya: adalah unit perniagaan  yang tidak menguasai pasaran(rendah syer pasaran) tetapi mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi. Ia memerlukan pelaburan yang tinggi bagi medapat dan mengekalkan syer pasaran. Pengurusan perlu banyak berfikir sama ada untuk membina tanda Tanya menjadi bintang atau menggugur perniagaan tersebut.
Anjing: adalah unit yang bersifat rendah penguasaan pasaran dan rendah kadar pertumbuhan. Ia mungkin boleh menjana kewangan hanya untuk unitnya sendiri ttapi tidak boleh menyumbang kepada keuntungan syarikat.



rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.

1 ulasan:

Kamsiah lengleng berkata...

BOLEH TOLONG BAGI CONTOHNYA SETIAP KELUARAN??
SEBAB SAYA KURANG FAHAM MUNGKIN MELALUI CONTOH SYA LEBIH FAHAM

Catat Ulasan