Ahad, 23 Januari 2011

Keputusan Campuran Produk

Keputusan campuran produk
Sesebuah organisasi yang mempunyai beberapa lini produk sebenarnya mengamalkan campuran produk. Campuran produk(pemilihan jenis prroduk) yang mengandungi semua produk linidan item yang ditawarkan oleh penjual untuk dijual.

                                      
Luas(width)
   
bermakna jumlah perbagai lini produk yang firma bawa, contohnya, Procter & Gamble (P&G) mengeluarkan campuran produk yang luas termasuk kertas, pencuci rumah, perubatan, kosmetik dan kesihatan peribadi.



Panjang(length)
Bermakna jumlah item-item yang firma bawa dalam produk lini tersebut, contohnya, P&G menjual tujuh jenis bahan pencuci baju, lapan jenis sabun, enam syampu, dan empat jenis bahan pencuci pinggan mangkuk.
Kedalaman(depth)
Bermakna jumlah versi yang ditawarkan setiap produk dalam lini tersebut contohnya, P&G mengeluarkan ubat gigi Crest dalam tiga saiz.
Konsisten(consistency)
Bermakna bagaimana rapatnya hubungan antara pelbagai produk lini dari segi pengguna terakhir, keperluan pengeluaran, saluran pengagihan, atau lain-lain cara.

Firma mampu meningkatkan perniagaan dengan empat cara yang dicadangkan
*      Melalui tambahan lini prodk baru dan meluaskan campuran produk.
*      Firma boleh memanjangkan barisan produk semasa kepada barisan produk yang penuh.
*      Melalui tambahan  versi kepada setiap produk serta mendalamkan campuaran produk
*      Firma boleh teruskan konsistensi dengan tambahan barisan produk atau mengurangkannya mengikut keadaan yang diperlukan sama ada memfokus pada satu atau dua jenis pasaran.

untuk memahami lebih lanjut tentang campuran produk ini anda boleh pergi sendiri ke syarikat di bawah ini.
            
            P&G                              Nestle                              Munchies                         F&N   

rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.
               

1 ulasan:

stevia_sweet berkata...

BGMN MN INGIN TERUS MEMPERKENALKAN PRODUK YG SUDAH DIKENALI DINEGARA YG MAJU DIBAWA KE MALAYSIA SEDANGKAN PRODUK INI SUDAH DIGUNAPAKAI 100% DI NEGARA LUAR KERANA KELEBIHANNYA 'STEVIA'. DIMALAYSIA MAKLUMAT MENGENAINYA SUDAH DISEBARKAN NAMUN MASIH LAGI KURANG PERMINTAANNYA KERANA HARGA YG DILETAKKAN BERBEZA DGN PRODUK YG MENGANDUNGI GULA. MINTA SEDIKIT MAKLUMAT.

Catat Ulasan