Sabtu, 22 Januari 2011

perancangan dan pengurusan produk




Apa itu produk?

Produk adalah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, perolehan, digunakan, atau penggunaan yang mampu member kepuasan sesuatu keperluan atau kehendak. Ia termasuk objek fizikal, perkhidmatan, perseorangan, tempat, organisasi, dan idea atau campuran kesemuanya.
Perkhidmatan adalah suatu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan tetapi berbentuk intangible tidak boleh dipegang atau disentuh dan tidak menghasilakan pemilikan sesuatu.
Peringkat produk
*      Produk teras ialah penyelesaian masalah atau teras kebaikan yang sebenar dibeli oleh pengguna apabila mereka perolehi produk atau perkhidmatan tersebut
*      Produk sebenar meliputi lima ciri-ciri yang digabungkan untuk pembeli termasuk produk teras. Lima ciri-ciri tersebut ialah kualiti, rupa bentuk, reka bentuk, jenama, dan pembungkusan.
*      Produk tambahan termasuk tambahan perkhidmatan dan kelebihan pengguna yang merangkumi produk teras dan sebenar seperti pemasangan dan waranti.
Apabila pemasar ingin membangunkan sesuatu produk ia mesti:
*      Mengenal pasti teras keperluan pengguna yang membolehkan produk itu mampu memberi kepuasan.
*      Reka bentuk produk sebenar
*      Mencari tambahan produk supaya berupaya memberi kelebihan terbaik yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna.




Produk pengguna                        
Produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi.
*      Produk dan perkhidmatan mudah beli
Pengguna membeli secara kerap, segera, dan dengan usaha membeli dan perbandingan yang paling minima. Contohnya, pembelian sabun, gula-gula dan surat khabar. Kebiasaannya barangan tersebut berharga murah, dan di letakkan di tempat yang mudah untuk pengguna mendapatkannya.




*      Produk beli-belah
Produk pengguna di mana pengguna membuat proses mencari dan membeli, dengan membuat perbandingan ciri-ciri produk berasaskan seperti kualiti, harga, kesesuaian dan stail. Pengguna melapangkan masa dan beusaha mengumpul maklumat berkenaan sesuatu produk. Contohnya, barangan perabot, pakaian, dan peralatan elektrik. Produk ini kebiasaannya diagihkan melalui kedai-kedai yang terpilih tetapi mempunyai sokongan jualan yang mantap.


*      Produk istimewa
Produk pengguna yang mempunyai ciri-ciri unik atau pengenalan jenama di mana kumpulan pembeli sedia berusaha untuk membeli produk istimewa ini. contohnya,  pembelian kereta berjenama, dan tempahan pakaian lelaki atau wanita. Pembeli jarang membuat perbandingan produk istimewa, sebaliknya, akan melapang masa mencari kedai dan membawa balik barangan yang ditawarkan.




*      Produk tidak dicari
Produk pengguna di mana pengguna sama ada tidak tahu atau tahu tetapi tetapi tidak terfikir untuk membeli barangan tersebut. Contohnya, pembelian insuran dan pembelian percutian. Kebanyakan inovasi produk baru ini tidak dicari sehingga pengguna mengetahuinya. Produk seumpama ini memerlukan banyak promosi sokongan untuk berjaya.


Produk industri
Produk yang dibeli oleh individu dan organisasi untuk pemprosesan atau digunakan untuk menjalankan perniagaan. Tiga kumpulan produk industri adalah:
*      Bahan dan komponen. Kebanyakan dijual terus kepada pengguna industri.
*      Barangan modal. Produk ini adalah untuk keperluan pengeluaran atau operasi termasuk pemasangan dan aksesori peralatan pembeli.
*      Bekalan dan perkhidmatan. Ini adalah untuk pembaikan atau penyelenggaraan. Kebanyakan perkhidmatan ini dibekalkan di bawah kerja-kerja kontrak

          


rujukan
buku:
Abu Bakar Abdul Hamid, Ahmad Syarifuddin Shamsuddin, Mohaiminah Hj Khayon, Noor Hazarina Hasyim, Rohaizat Baharun, Fauziah Sh Ahmad. Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004). Mc Graw Hill: Malaysia.






1 ulasan:

Unknown berkata...

good

Catat Ulasan